MADINAH: Selesa, dekat dengan Masjid Nabawi dan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU)
Ia antara ciri-ciri tempat penginapan diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) untuk jemaah haji Malaysia yang berkunjung ke Madinah semasa musim haji tahun ini.
Untuk tujuan itu, tiga hotel dipilih iaitu Anwar Movenpick, Saja Al-Madinah serta Emmar Royal.
Pengurus Zon Madinah, Imran Mohammad Khayat berkata, ketiga-tiga hotel itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan pemandangan ke Masjid Nabawi.
"Ia bakal menjadi tempat penginapan jemaah haji Malaysia di Madinah. Hotel-hotel itu terletak antara 50 hingga 200 meter dari Masjid Nabawi," ujarnya kepada pemberita dalam satu temu bual di sini.
Menurut beliau, hotel yang dipilih juga, sebagai contoh, Emmar Royal adalah mesra OKU dengan terdapat pelbagai kemudahan disediakan kepada golongan itu serta kerusi roda untuk warga emas, jika diperlukan bagi tujuan ke Masjid Nabawi.
Kata beliau, TH juga telah bersedia menyambut ketibaan kesemua jemaah terutama kumpulan pertama seramai lebih 200 orang yang bakal mendarat di Lapangan Terbang Putera Muhammad Bin Abdulaziz, Madinah pada pagi Khamis ini.
Imran berkata, TH mengekalkan hotel-hotel berkenaan disebabkan kualiti dan jaraknya yang dekat dengan Masjid Nabawi, sekali gus memudahkan jemaah ulang-alik untuk beribadat di masjid berkenaan.
“Antara kemudahan yang disediakan termasuk perkhidmatan bagasi, dobi, talian telefon dan kaunter khidmat pelanggan untuk membantu jemaah yang mempunyai masalah termasuk Pihtas (Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci).
“Selain itu, kita juga ada doktor yang bertugas, khidmat kaunseling bagi menenangkan emosi jemaah yang tidak stabil kerana berjauhan dengan keluarga, merindui kampung halaman dan jika berlaku perselisihan faham,” katanya.
Ditanya mengenai pelan tindakan kecemasan jika sebarang kejadian berlaku di tempat penginapan jemaah, Imran berkata, mereka akan bertindak berdasarkan Pelan Pengurusan Bencana selain terdapat pasukan kecemasan yang bertanggungjawab memastikan keadaan terkawal.
Beliau turut memaklumkan, jemaah haji Malaysia akan tinggal bersama-sama jemaah dari negara lain di salah satu daripada tiga hotel tersebut.
Sementara itu katanya, pelbagai program disusun untuk jemaah yang berada di Madinah selama enam hari lima malam seperti taklimat, menziarahi makam Nabi SAW, memasuki raudah dan melawat tempat bersejarah atau ziarah luar.
Azlinariah Abdullah
Wed May 08 2024
Ketiga-tiga hotel di Madinah yang disediakan Tabung Haji untuk jemaah dari Malaysia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan terletak antara 50 hingga 200 meter dari Masjid Nabawi (gambar). - Gambar fail
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilion berbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
TH sedia penginapan selesa, dekat masjid untuk jemaah di Madinah
Tiga hotel yang dipilih terletak antara 50 hingga 200 meter dari Masjid Nabawi, selesa dan mesra OKU.
Haji 2024: Boleh undang stres, jangan pandang mudah cuaca panas
Cuaca panas di Tanah Suci dijangka mencecah 50 darjah Celcius tahun ini.
58 peratus jemaah haji Malaysia tahun ini kaum wanita
Daripada keseluruhan 31,600 jemaah haji Malaysia, 42 peratus merupakan jemaah lelaki.
Semua 31,600 jemaah Tabung Haji tahun ini akan masuk Raudah
Namun begitu, ia bergantung atau tertakluk kepada kerajaan Arab Saudi untuk meluluskan permohonan yang dibuat melalui aplikasi Nusuk.
TH sedia sepenuhnya santuni 31,600 jemaah haji
Persediaan Tabung Haji kini mencapai skala 90 peratus lengkap, sementara 10 peratus lagi menanti kedatangan KT jemaah pertama pada 9 Mei.